Friday, March 28, 2014

Lahir & Perginya Sumayyah

Tanggal 08.03.2014 (Sabtu) tepat jam 11.03pg di hosp PPUM lahirnya bidadari syurga ibu yg d beri nama Sumayyah..dan perginya juga bidadari syurga ni pd waktu dan hari yg sama..:(

Ibu dapat tengok anak ibu sekejap je.takpe la..itu sudah memadai bg ibu..ank ibu perlu d mandikn sembahyang dikafankn dan dikebumikan dgn segera..ptg tu jgk selesai urusan pgkebumian ank ibu..dikebumikan d Tanah Perkuburan Jalan Tandang.

Hari ini hari ke 21 perginya anak ibu dan ibu berpantang..habis pantang ni baru ibu dapat pergi ziarah anak ibu..

Semoga anak ibu tenang dan bahagia di syurga sana..Al-Fatihah utk anak ibu SUMAYYAH.

Thursday, October 24, 2013

Setahun???

Ape yg setahun???hehe.Utk pgetahuan, Dhia dh nak msuk setahun 29hb 10 ni..lg 5hari je.Wahhh..cam xcaye je ank ibu dh besar.Rse cm baby je lagi.haha..

Kite sambut besday Dhia kecil-kecilan je yer syg??hehe..jgn mbazir..xbaik..ramai lg ank2 kecil kt luar sne yg susah..rse xseronok je bile kite bseronok tp ank d luar sne bsedih n kelaparan..lbh2 lg di SYRIA..erm.ckupla wat mkn2 ckit kt uma nnti..

Ok..kite tggu ari Sabtu ni yer.Buat awal sbb 29hb jatuh ari Selasa..smua bkerja.tarikh xcantik.haha..

Selamat Setahun Dhia Qaireen Irdina..Ibu syg Dhia sgt2.Semoga mjadi ank yg Solehah.LOVE U SO MUCH!!

Bertemu Kembali!!!hehehe...

Fuhhhh...bkulat dh rse blog ni stlh hampir 6bln xjenguk.hahhaha

Almaklumla..org ade ank..sibuk ngn ank la..hehe

Ok2..lps ni sambung balik bercerita.Byk cite2 menarik ni.hehe.tggu sat naaaa...:)

 Senyummm dulu...hehe

Wednesday, April 3, 2013

Bercuti d Rumah Mentua..hehe

Cuti weekend lepas kami sekeluarga lepak umah mentua je. Perkara wajib cuti msti bawak Dhia g uma neneknya. Yelah, seminggu skli je dorg dpt jumpe Dhia ni. Hari sabtu tu Dhia mood die kureng skitla..asik nak ngamuk je...huhu.ngantuk kot. Pagi tu die xtdo. So bile kurang tido ni mmg moody je la die aritu. Nasib baik ade bibik Mak Uda nya kt uma..blh la tlg tengokkn skjp sbb kitorg nk g beli barang Dhia sikit. Nk harapkan mak mentua ak jga kesian la plk..dgn Mamat lg nk jaga. Nti xtkawal pulak. Dhia ni nk org tumpukn kt die aje..klu dorg duk layan je si Dhia ni die mmg ok je. Tp cube tinggalkn die sorg2 kt bawah. Emmm..alamatnye menjerit la die nti.hehehe.

Dlm pkul 3pm cmtu ak dan hubby kluar g giant beli susu, pampers n bbpe barang sdkit utk Dhia. Pastu cari pulak walker tuk Dhia. Kt giant tu mmg ade tp yg xcantik n xkukuh la..xberminat nk beli. So pilihan terakhir kitorg g tgk balik kt jusco pyramid. Kt sana mmg byk yg lawa2 tp mahal2 la pulakk..huhu. Kitorg badget2 je nk beli walker ni. Lps abis belek mane yg berkenan, so dptla Walker ni kaler oren. Okla drp yg display tu kaler biru..harganya lps discount 20% dapatla dlm RM135.20.

Mase kt pyramid tu sempatla aku sms bibik si Dhia tu @ Alin, tanye kabo anak ak. Cmne dgn Dhia?blh ke jg tu?Alin ckp elok je kitorg kluar td Dhia mengamuk gilerrr, menangis xmau di pujuk.huhu..Nasibla lin..Dhia tu mmg cmtu.hehe. Baringkn kt car seat nk tidokn die x nak, baringkan kt bawah pn x nak. Last bg susu pastu baringkn kt car seat balik barula Dhia lelap katenye..huhu. Berjaya jugak Alin..gud job!hehe..

Selesai beli walker tu trus kitorg balik umah. Sampai je depan rumah tgk Dhia ngn Pak Ngah nya. Laaa..dh bangun upenye.Kejapnye Dhia tido..huhu. Nasibbbb...

Jom layan gmb2 dak comei tu..:)

Pkai flash je msti mata nk tutup.hehe..

Sonokla tu dpt kereta baru..hehe

Bru lepas mandi, xpkai baju sbb panas sgt aritu

Pantang d baringkan msti nk nerap..

Smpai meleleh-leleh air liur..

Ok..sy dh penat..berehat sebentar.

Naek walker kt rumah sndri pulakk..

Muka geram ke yanggg...

Elehhh..suka la tu tgk lampu menyala tu..

Duk dlm walker tu kt ctu jela..xbgerak2 pn.kaki xsampai lantai lg..hehe

Friday, March 29, 2013

Selamat 5bulan buah ati Ibu Dhia Qaireen Irdina

Hari ni 29/3/13 genaplah umur si kecik ibu 5 bulan. Cepat je mse blalu. Semalam jgk Dhia g cucuk 5bulan kt DEMC. Alhamdulillah ank ibu kuat..nanges kjp je mse doktor tu cucuk pastu dh ok dh. Leh gelak2 plk. Itula ank ibu...:)

Semalam kitorg gerak awl dlm kul 8.30am cmtu. Sbb nti rmai org, mls nk tggu lame2. Cian si kecik tu nti ngamuk2 sbb nk tdo..Dhia ni nk tdo je xleh org sekeliling die bising. Nti mmg sshla die nk tdo..huhu. Dtg awal pn, ingtkn dptla no.1, tp no.2 plk..ade org lebih awal dr kami upenye.hehe. Takpela no.2 ok lg la. Xdela lme sgt nk tggu.. Doctor dtg lambat gk smlm, 10.30am cmtu bru la doctor smpai..So pas amik no. tu kitorg g bekpes kt restoren tgkt bawah tu. Mkn nasi lemak je..sedap la jgk.

Habis je mkn kitorg trus naek ats tggu giliran. Disebabkn doctor pn dtg lmbt, dlm kul 11.00am baru la no. kami di panggil. Jumpe doctor ni kjp je..Ckp2 ckit, pastu doctor bg injection n then selesai..hehe. Abis tu kitorg trus gerak blik uma. Hari ni ade janji ngn tech. aircond nk pasang dlm bilik hari ni. Janji kul 2.00pm. Sblm dorg smpai kami kemas2 la uma dulu. Dh cm tong sampah aku tgk uma aku tu.hehehe.

Rase sejuk je bilik ak tu bile aircond sudh siap di pasang. Nyaman rasenye.hehe. Sedaplah Dhia tdo mlm ni. Selesai je aircond di pasang, Mak, Along, Arianna, Mamat n Umar dtg uma sbb nk g umah mak ak di bawah. Ade pbincangan skit. Bincang psl nk anta Umar kt umah mak suh mak jg mse dorg g keje..Isnin ni baru stat anta Umar, dorg keje shif petang aritu. Dorg ni keje shif. Ade 3 shif. Pg, Ptg n Mlm. Ni jg kali pertama mak aku nk jga ank org dlm waktu shif. Pg n Ptg okla kot.. Yg mlm tu, cmne la nti yer..huhu. Hope mak aku leh la jg Umar wktu mlm. Klu mak xleh nk handle waktu mlm, alamtnye aku la kena amik alih jg ank Along.huhu. Mak ak ni ade skit darah tinggi. So bile kerap bangun mlm, siangnye nti mak aku mst pening2 pale. Xckup tdo la..tu yg susah ckit nk jg mlm..Tp kak ipar ak ade d uma tu hope bolehla skli tlg tgk2kan Umar nti..

Layan dlu gmbr2 yg d ambil smlm..

Bgambar dlu sementara menunggu giliran

Dhia ni asyik xnak pandang kamera je..

Muka sombong xnak pandang kamera

Masuk je 10 jari tu yanggg..

Dhia ngamuk bile d baringkn, ssh dctr nk buat keje..huhu

Ok..bile dirikan aje, trus OK!

Tgh ready nk kena cucuk

Steady la syggg..

Umar & Mamanya

Dak comei Umar Haziq

Bibik yg cuba mberikan susu tp tidak bjaya..hehe

Haa..ni atas peha aku..bg susu ckit trus lelap. Ok, ak bjaya.haha..

Wednesday, March 27, 2013

Perkembangan bayi pada usia 5 bulan


Hari jumaat 29/3/13 genapla umur Dhia 5 bulan. Banyak perubahan dan pkembangan yg baru akan d pelajarinye nanti. Jom kite same2 lihat ape yg akan d pelajari bayi berumur 5bln ini.

1. Duduk dengan sendiri

Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika di ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga mungkin akan duduk seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya. 

2. Mengulangi bunyi yang disukainya

Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan "tidak" dan "kenapa" akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan. 

3. Cukup kuat untuk makan sendiri

Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduk sendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan. 

4. Belajar mengenai sebab dan akibat

Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah. 

5. Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut

Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya. 

Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut. 

6. Mempertajamkan deria terhadap bunyi

Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus. Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti "m" dan "b". Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain. 

7. Mudah mengalihkan perhatian

Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya. 

8. Perkembangan pelbagai emosi

Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah. Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga. 

Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka. 


Layan gmbr Dhia pulakkk..

Semalam sambil tggu2 adik2ku blik dr keje..kitorg duk kejekn si comei Dhia tu. Ape lagi amik gmb die la..Tp susah tol nk amik gmb die..xmau pandang kemera lgsg. Asyik bgerak2 je. So hasilnye mmgla xmemuaskn..hehe. Tp takpe kite layankn aje..

Muka xpuas ati

Suka tunjuk perut die yg buncit tu..hehe

Cam amoi je..

Senyumla ckit sayanggg..

Dh rimas dh..

Muka geram!

Ni ibu yg geram ni!

Yg ni ok ckitla..sbb Dhia & Ibu pndg kamera

Dgn Abi pulak tp still xmau pndg kamera..huhu

Abi je syok sendri..hehe

Ok yg ni comei ckit!

Apela yg d pandang tu..cni la kamera syg oii..

Suke org maen2 ngn die..



Selamat Hari Jadi KAKAK IPARKU & ADIKKU!

Semalam 26/3/13 sambut besday kakak iparku (SYIKIN) n adikku (AZMAN) yang ke 25 tahun. Besday Man 14/3/13 tp xcelebrate pn mse tu..celebrate skli smlm ngn kakak iparnye..

Untuk pengetahuan, kt uma tu xpernah pn celebrate besday sesape. Dr kecik kot.huhu..kesiannye kitorg adik-beradik.heheh.Tp xkisah pn sebenarnye, xrugi ape pn..Kitorg paham..dlu ayah mak bukannye org berada, duk pn uma setinggan je. Mne la mmpu nk wat smua tu. Tp semenjak abg & kak ipar pindah duk uma mak ni, baru la mcm2 perubahan d uma tu..kak ipar kire rajin gk la..ubah suai uma la..ubh sne, ubh sini..mcm2 la d watnye..Bagus2! Nk harapkan adik pompuan sorg tu, hampeh..APTB..hehee..

Dulu mse ak duk uma mak ni lg ak pn sllu gk kemas uma tu..ubah itu ini..kekadang sorg2 je buat.Angkat almari alih tempat..Skrg dh duk uma sewa sendri, mmg x la ak nk buat..hehe. Nasib baek ade kak ipar yg boleh d harap..Klu x bkulat la uma tu xbkemas..huhu.

Ok, kila layan dulu gmbr2 yg d ambil smlm..

Wajib ade gmbr ank..hehe

Mak Long & Dhia

Abang & Kak Ipar

1st time potong kek katenye..hehe

Tiup jgn xtiup!

Cabut lilin dlu sblm potong..

Kek & Mcd

Menu tapau je dr Mcd

Kek Hari Jadi

Tuesday, March 26, 2013

Slmt 3 bulan Umar Haziq

Hari ni 26/3/13 genap 3 bulan umur si kecik comei Umar Haziq ni..cpt bsr yer syg leh maen2 ngn Dhia..
Umar ni my ank buah iaitu spupu si Dhia ni la..dorg sebaya tahun.Dhia lahir bln 10, Umar plk lahir bln 12. Kurang 2bln je beza umur dorg ni..yg penting sebaya.hehe..
Dh lme gak xjumpe si oyyum (Umar) ni..yela dorg duk uma sendiri..Bile cuti weekend blik uma mentua dorg plk keje..keje shif mmg cuti xmenentu..so payah ckitla nk jmpe..Ingt nk g uma dorg ahd lps nk tgk si Umar ni.tp mse xmgizinkn plk..kua jln2 blik lmbt mse tu..so len kali jela yer..huhu
Selamat Hari Kelahiran yer syg Umar Haziq..smoga mjadi ank yg soleh yer..InsyaAllah..Aminnn..
Miss u so much syg Umar..nti kite jumpe yer..:)

Jln2 d Sunway Pyramid


Dalam kete Dhia tido je..ngtk sgt la tu..pg tu die bangun awl.so bile kuar tengahari je die msti nk tido..hehehe..Nasib baik duk dlm kete Dhia senang tido..yelah duk dlm aircond, sejuk je..sng la die tdo..Kt uma tu panas gile.Maklumla pkai kipas je..huhu.Takpe Khamis 28/3/13 ni Abi pasang aircond dlm bilik yer..
Pasni syg leh la tido ngan selesa..mst tido lame je pasni kn??hehe..

UNTUNGLA ANAK2 SEKARANG..ZAMAN DH BERUBAH.SUME MODEN2 ANAK SEKARANG NI.PKAI HP LA..KECIK2 DH PKAI IPAD..TDO NK PKAI AIRCOND PLK..MCM2 LA..X CAM KITE DULU2..SUME TU XDE..AIRCOND??JGN HARAPLA..MNE MAMPU KLUARGA KITE DLU..HUHU.


Jln2 d Pyramid kitorg singgah Jusco je..Hubby nk shoping baju n seluar keje die..so kami be2 duk layankan ajela..tgk je ape yg d beli..Dukung si debab ni mmg leh patah tangan di buatnye klu dukung lame2..lenguh!hehe..Kitorg xbwk stroller coz cadangnye nk blikn Dhia stroller lain tuk pkai travel nti..so sblm nk shoping tu kitorg g blikn dlu stroller Dhia.Punye la lame pilih stroller ni..sume cantik2.Ade 2 jenis yg hubby bkenan.Xtau nk pilih yg mne..Last2 kitorg amik yg kaler purple..My Fav Colour..hehe.Harganye pn murah..ade discount 20%..keputusan muktamat amik yg ni je..

Lepas hubby g bayar tu kitorg trus g Baby Room..si kecik ni berak plk..ptut die meragam.hehe. Lepas tukar pampers sume kitorg trus g Baby Fair kt atas.Sebenarnye xtau pn ade Baby Fair..kebetulan plk. Rezeki Dhia..hehe. Tgkla mne2 yg bkenan tuk si kecik Ibu ni..akhirnye dptla Dhia baju 4helai, Toys & Tikar Evamatic tuk Dhia guling2 nanti.hehe.

Dari pkul 12 smpai nk ke senja la kitorg kt pyramid tu.Lame gile!hehe..Blik tu trus g uma mak Mertua. Ade wat makan2 ckit celebrate besday Angah.Mlm tu dlm pkul 10 cmtu baru la kitorg blik uma..huhhh..pnt sesgt.Cian Dhia..die pn mst letih ikut Ibu & Abi nye..huhu.

Balik tu trus tidokn Dhia sbb die nmpk ngtuk sgt..Dh tgosok2 mate tu..Try tidokn die tp susah sgt.Asik meragam je..Last2 g mndikn die.Bia die segar ckit..Pastu trus tidokan die.Alhamdulillah tido gk akhirnye setelah bebrape minit cube tidokn gagal..asik menamgis je..Cian Ibu tgk..Dh penat sgt menangis mjerit2 tu barula die lena..tu pn tido dlm keadaan sedu sedan..emmm..cian sgt tgk ank ibu ni..Sori yer syg..:(